Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah.. Polis New Zealand perkenalkan uniform berhijab khas untuk anggota polis wanita Muslim

 


Satu perkembangan yang sangat menarik dan satu penghargaan kepada orang islam di New Zealand, menurut tulisan dari sinarharian, bagi mendorong lebih ramai wanita muslim untuk menyertai pasukan polis negara itu, buat pertama kalinya dalam sejarah pemakaian hijab diperkenalkan.


Rekaan itu diperagakan oleh seorang anggota polis bernama Zareena Ali.Beliau juga dikatakan insan yang bertanggungjawab mereka hijab tersebut.


Menurut laporan NZ Herald, Zareena menyertai pasukan polis sejurus selepas kejadian serngan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun lalu dengan niat ingin membantu komuniti Islam.



Kata Zareena, pasukan polis amat memerlukan lebih ramai wanita Muslim bagi membantu kejadian seumpama itu yang mens4sarkan orang Islam.


“Kebanyakkan wanita Muslim begitu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin hanya akan berdiam diri di depan pintu rumah jika ada seorang lelaki yang bercakap dengan mereka.



“Jadi, lebih ramai wanita Muslim diperlukan dalam pelbagai pasukan barisan hadapan dalam usaha mengurangkan jen44yah,” katanya.


Menurut Zareena, dia bangga menjadi anggota polis wanita pertama memakai tudung, dan merasa hebat kerana dapat menunjukkan bahawa pasukan Polis New Zealand kini mempunyai pakaian seragam berhijab.



“Saya rasa selepas melihatnya, lebih ramai wanita-wanita Muslim turut mahu sertai pasukan polis,” tambahnya.


Pada tahun 2008, polis membenarkan pemakaian serban ke dalam seragam itu dan Nelson Constable Jagmohan Malhi menjadi pegawai pertama yang memakainya ketika bertugas.


Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments