Header Ads

Breaking

Wednesday, November 18, 2020

Duduk rumah pun boleh positif C0VID-19, kata suami

 


p/s : gambar yang digunakan dalam entri ini adalah sekadar hiasan semata-mata

Bukan negara kita tapi satu dunia dilanda oleh p4ndemik c0vid-19 ini. menurut laporan dari malaysiapost, seorang suami kepada peskit c0vid-19 di Tawau, Sabah ini berkata cara penularan wbak ini sangat pelik.

Lelaki itu memberitahu Malaysiapost, ini kerana isterinya disahkan positif wabk itu kelmarin, walaupun hanya duduk di rumah menjaga anak-anak sejak tiga minggu lalu.

Menurutnya yang enggan namanya disiarkan, sepanjang tempoh itu hanya dia yang keluar bekerja dan membeli barangan keperluan dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).


“Saya berasa amat pelik bagaimana vrus ini merebak sehingga isteri saya disahkan positif C0vid-19 kelmarin.



“Sedangkan saya yang keluar rumah tidak dijngkiti C0vid-19, malah anak-anak serta ibu dan bapa mentua yang tinggal serumah juga negatif,” katanya yang kini menjalani kuarantin di rumah bersama keluarga.


Isterinya kini ditempatkan di Institut Latihan KKM di Tawau untuk rawatan bagi peskit tidak bergejala.


Lelaki itu berkata, isterinya memberitahu ada beberapa kes sama di ILKKM Tawau, iaitu mendapat j4ngkitan walau tidak keluar rumah dan ahli keluarga lain negatif.


Bercerita lanjut, katanya, kali terakhir isterinya keluar rumah pada 26 September ketika hari pengundian Pilihan Raya Negeri apabila terlibat dalam tugasan Ops Payung.


“Sejak itu, isteri saya yang bertugas sebagai penjawat awam di bandar Tawau hanya bekerja dari rumah memandangkan kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah itu.



 

“Dia tidak bergej4la dan dikesan positif C0vid-19 menerusi saringan bersasar yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah pada 8 Oktober lalu.

“Apa yang membingungkan saya bagaimana isteri dij4ngkiti dan kenapa pula kami sekeluarga yang lain disahkan negatif sedangkan tinggal serumah,” katanya.


Tawau antara daerah di Sabah yang merekodkan kes tertinggi C0vid-19 sejak 14 hari lalu iaitu 617. – Malaysiapost

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.