Header Ads

Breaking

Monday, December 28, 2020

"Allah Will Resolve Everyhing..." - Selepas Spekulasi Yang Hangat Di Media Sosial, Akhirnya PU Riz Tampil Bersuara

 


Ramai netizen membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku pada hubungan pertunangan pasangan selebriti popular ini, ada yang cakap sudah berkahwin ada yang cakap kononnya Neelofa sudah terkena ilmu pengasih dan macam-macam lagi.


Bagaimanapun semua tuduhan tidak berasas itu sudah dijawab oleh empunya badan. Neelofa sudah pun membuat kenyataan rasmi berhubung perkara ini, iaitu berita beliau sudah bernikah ataupun terkena ilmu pengasih semuanya adalah berita palsu.


Susulan kejadian itu, PA Neelofa ada memuat naik di ig story ingin mencari empunya badan yang membuat berita palsu tersebut



Baca : PA Neelofa Cari Individu Bernama Syamira Safiya Kerana Sebar Berita Palsu Nikah Di Kelantan, Terkena Minyak Pengasih


Itu dari pihak Neelofa, kini PU Rizz juga tampil bersuara.PU Haris atau lebih dikenali sebagai PU Ris memuat naik status menerusi laman sosial Instagram (IG) pada ruangan ‘Insta Story” kira-kira jam 11 pagi tadi (Isnin).


Menerusi ruangan tersebut PU Ris memuat naik sepotong tulisan dalam Bahasa Arab disertai dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris iaitu “And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine” (Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan).


Malam tadi Neelofa tampil menjawab spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dan PU Riz selepas ia semakin hangat diperkatakan netizen.

Neelofa melalui siaran IGTV di akaun IG, menjelaskan semua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan menjadi viral sejak kelmarin sebagai tidak berasas serta mengarut.

Bekas pengacara MeleTop itu menafikan telah bernikah dengan PU Riz, dakwaan terkena minyak pengasih dan memberi sebanyak RM100,000 kepada tunangannya itu.

Neelofa bagaimanapun tidak menjelaskan punca ahli keluarganya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial IG serta mengenai status yang dimuat naik mereka di ruangan IG Story.


Untuk rekod pada 1 November melaporkan Neelofa sah dirisik PU Riz dan perkaran tersebut telah disahkan sendiri oleh ibu Neelofa, Noor Kartini menerusi entri di IG.

Walau bagaimana pun pada Sabtu lalu, Noor Kartini serta anak-anaknya yang lain telah memadam foto bersama Riz dan Neelofa yang diambil ketika hari merisik tersebut. Perkara tersebut telah membuat netizen tertanya-tanya apakah yang sudah berlaku pada hubungan PU Rizz dan Neelofa.


Diruangan komen dapat dilihat ramai netizen memberikan semangat dan tidak lupa juga berharap agar pasangan ini ada jodoh yang kuat antara mereka.





Walau apapun kita sebagai netizen tidak perlulah menokok tambah cerita atau membuat spekulasi melampau, berilah masa kepada pasangan ini untuk bertenang dan menyelesaikan kekusutan yang berlaku..


Artikel diulas dari Gempak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.