Header Ads

Breaking

Friday, December 25, 2020

"Berenang Akan Buat Anda Jadi Tinggi" - Sheikh Muszaphar Galak Ibu Bapa Ajar Anak Berenang

 



Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memberi galakan kepada orang ramai khususnya golongan ibu bapa untuk mengajar anak-anak dengan kemahiran berenang sejak mereka kecil.

Menurut Sheikh Muszaphar aktiviti berenang bukan sahaja memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan, sebaliknya aktiviti tersebut juga merupakan satu sunnah.


"Kami mempunyai sejarah asm4 dalam keluarga dan berenang pada usia muda akan mengembangkan peparu yang mana dapat mengelakkan kami daripada mendapat masalah tersebut.

"Saya rasa, ayah saya tahu (manfaat renang) sebab itu dia mahu kami pilih sukan renang. Berenang juga buat anda tinggi dan lean (kurus tanpa lemak), sebab itu kami semua adik-beradik mempunyai ketinggian 6 kaki," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.



Dalam hantaran tersebut, Sheikh Muszaphar turut berkongsi gambar dirinya mengajar anaknya Bella berenang ketika usia enam bulan.


Menurut Sheikh Muszphar lagi, dia sendiri juga sudah diajar berenang sejak usianya tiga tahun.

"Ayah saya ajar kami lima beradik berenang ketika kami berusia tiga tahun dan dia sendiri yang jadi jurulatih.

"Saya ingat lagi kami semua akan jalani latihan pada pukul 6 pagi di Kelab Sungai Ujong sebelum ke sekolah," katanya yang mengakui mempunyai banyak medal kemenangan ketika menyertai suka renang.



Jelasnya lagi kesemua lima beradiknya termasuk dirinya pernah menjadi perenang wakil Negeri Sembilan dan tiga daripadanya pernah bertanding di peringkat antarabangsa.

"Sebab itulah saya juga mahu mengajar anak-anak saya berenang. Satu hari nanti, dengan berenang boleh bantu menyelamatkan nyawa. Berenang juga satu sukan terbaik," katanya.


Sumber : Gempak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.