Header Ads

Breaking

Tuesday, December 29, 2020

"Lain kali janganlah susahkan periuk nasi orang!" - Datin Almy Nadia naik hantu produksi pada saat-saat akhir tetiba batal job berlakon suaminya

 



Sejak C0VID-19 melanda dunia dan negara kita tidak terkecuali, ramai yang terkesan baik dari segi ekonomi.Ramai rakyat yang telah diberhentikan kerja dan banyak company bungkus.


Baru-baru ini Datin Almy Nadia dilihat meluahkan kemarahannya pada sebuah syarikat produksi yang tiba-tiba membatalkan tawaran berlakon suaminya, Datuk Fizz Fairuz pada saat akhir.


Almy dilihat cukup kecewa dengan tindakan produksi tersebut kerana katanya, Fizz Fairuz sanggup menolak tawaran lain demi untuk memberikan komitmen penuh memandangkan sudah berjanji sejak dari awal december yang lalu.

"Dah block tarikh untuk penggambaran dari awal bulan 12 tahun 2020, tiba-tiba tangguh tarikh bawa ke Januari 2021. Encik suami dah tolak job lain sebab dah berjanji untuk 30 episod katanya.


"Tiba-tiba tadi call cakap batal, tak boleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis lain sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock penggambaran tiba-tiba cancel!

"Hampa rasa apa? Apa yang hampa cuba buat game ni? Orang dah tolak job, apa yang hampa cuba buat ni! Perasaan, akal fikiran hampa ada di mana?

"Lain kali jangan susahkan periuk nasi orang faham! Tak jadi kat periuk nasi hampa takpa, nanti kalau jadi baru tersungkuq faham!

"Tanggungjawab faham!! Kat manusia ni pegang pada janji!! Bila dah berjanji kita pegang jangan buat di saat akhir, hampa buat orang macam sampah faham!!

"Orang lain punya hal, orang lain kena tanggung. Sorry la! Perangai macam ni sebab tu tak boleh pergi jauh faham!!

"Kita bukan macam dulu tau. Dalam satu masa ambil 10 job. Faham? Sekarang zaman kita jaga kualiti," tulisnya.

Ketidakpuasan itu dikongsikan menerusi beberapa buah entri yang dimuat naik di Instagram Stories, semalam.


Dalam pada itu, Almy akui berasa sedih melihat Fizz dipermainkan dan diperlakukan dengan tindakan tidak wajar.

"Sebagai isteri bila suami murung/marah/suka/sedih isteri akan terkesan sebab isteri ni adalah orang paling rapat selain orang lain. Bila jadi macam ni sedih tengok suam sebab kena game.

"Nanti hampa sedap buat cerita kat penerbit, "Datuk tak boleh buat ada job ni sebab ada shoot lain. Datuk bagi tarikh banyak sangat!

"Lepastu nanti penerbit jumpa pula, "la awat Datuk tak buat job tu kan kita dah lock awal! Sedangkan.. Faham-faham sendiri la," tulisnya lagi.


Diruangan komen dapat dilihat rata-rata netizen turut bersimpati dengan Almy Nadia dan Fizz Fairuz, mereka juga menganggap tindakan produksi itu sungguh tidak profesional memandangkan Fizz dah lock jadual untuk memberikan komitmen kepada job ditawarkan kepadanya.






Apapun kita semua berdoa agar kita semua dimurahkan rezeki dan dapat mengharungi saat-saat getir sekarang ini..

Sumber : gempak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.