Header Ads

Breaking

Sunday, December 27, 2020

Neelofa sangat okey, akan jawab segala spekulasi hari ini juga, kata Pengurus

 


Sejak dari semalam lagi, laman sosial dihujani dengan spekulasi membabitkan pasangan popular, Neelofa dan juga tunangnya PU Rizz.


Namun segala spekulasi yang berteka-teki selama ini akan terjawap apabila selebriti itu sudah bersedia untuk menjawab segala spekulasi yang dikaitkan dengannya hari ini.

Jelitawan berusia 31 tahun itu dijangka mengeluarkan kenyataan media sekitar pukul 8 malam ini.

Mengesahkan perkara itu, pengurusnya, Shawn Amer berkata, pihaknya sedang menyiapkan kenyataan media untuk diedarkan kepada wartawan hari ini juga.

“Pihak kami sedang menyiapkan kenyataan. Kami akan edarkan kepada rakan-rakan wartawan. Saya harap anda semua dapat bersabar sebentar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.



Ditanya bagaimana keadaan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, Shawn berkata, artis berkenaan dalam keadaan yang sangat tenang.

Sejak semalam, banyak spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Rizz didebatkan di media sosial.

Media-media tempatan juga tidak terlepas melaporkan mengenai dakwaan yang mengatakan hubungan pasangan berkenaan dalam keadaan tidak baik.

Astro AWANI yang menghubungi beberapa sumber yang dekat dengan keluarga Neelofa pula memaklumkan, adalah terlalu awal untuk mengatakan pertunangan artis berkenaan dengan PU Rizz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir.

Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Rizz ‘sudah berakhir’.

“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz,” kata sumber itu kepada Astro AWANI.


Sementara itu, diruangan komen dapat dilihat pendapat dan pandangan yang berbeza dari netizen. 




Apapun marilah kita berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku dan pasangan ini terus bersama.. insha Allah... hanya tuan badan yang tahu apa yang sebenarnya berlaku...


Sumber : astro awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.