Header Ads

Breaking

Thursday, December 31, 2020

"Sebelum nak ambik mood berlakon memang macam ni.." - Netizen kecam video tarian Sharifah Sakinah

 


Sharifah Sakinah itulah empunya nama kepada pelakon sensasi dan berbakat tapi tak pernah lekang dengan isu-isu panas.Pelakon yang cukup sporting dengan kecaman dari netizen ini sentiasa ada idea menarik untuk dimuat naik di laman sosial miliknya.


Jika anda ingat, sehari dua ini timbul isu panas apabila dirinya dikatakan perampas lelaki dan itu sudah disangkalnya, kini sebuah video tarian yang baru dimuat naik pula menimbulkan rasa tidak senang buat peminatnya.


Sudah menjangkakan dirinya bakal dikecam, Sakinah pada kapsyen menyatakan agar PU tidak marah dengan tindakkannya.


Sebelum nak ambik mood berlakon memang macam ni . Nasib baik crew semua melayan

Harap harap PU PU tak marah ya hehehe..”


Katanya itu adalah caranya untuk mengambil mood sebelum memulakan lakonan untuk dramanya.


Kecaman ramai daripada peminat rata-rata berbentuk teguran kerana ia dilihat tidak manis apabila lelaki bukan muhrim bersentuhan dengan wanita.






Pilihan Sakinah sendiri untuk memuat naik video tersebut kerana itu adalah dirinya sebenar. Tidak salah jika ingin berseronok, namun jika video sebegitu dimuatnaik sudah pasti peminat yang sayang akan menegur.

Apapun kita semua netizen kalau nak menegur tidak salah tapi jagalah adab dan tutur kata kita. Tak salah nak menasihati tapi janganlah sampai keluar ayat yang tidak sepatutnya...


Artikel dipetik dari KoolFM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.