Header Ads

Breaking

Wednesday, January 6, 2021

"Janganlah malu untuk naik motor" - Nasihat kepada anak muda baru dapat kerja, bergalah ikut kemampuan bukan ikut kehendak

 


Jika kita lihat rekod hutang dengan bank atau penyedia kewangan, rata-rata yang muflis adalah anak muda.


Ramai anak muda sekarang yang lebih mementingkan gaya sampai ada yang sanggup papa asalkan bergaya.Dengan permulaan gaji yang rendah tapi sudah ada yang berani membuat pinjaman untuk membeli kereta sampai mencecah 100 ribu dan keatas.


Tidak kisah jika terpaksa ikat perut makan maggi setiap hari janji bila balik kampung, orang kampung terlopong tengok kononnya kita dah berjaya.


Bukan semua anak muda begini tapi ramai yang lebih mementingkan gaya dan personaliti sampai mengabaikan duit simpanan.



Seorang pakar kewangan, Azizul Ali Ahmad memberikan nasihat yang kita boleh ambil iktibar.Hidup di zaman ini kita wajib bijak mengurus kewangan, pengurusan duit itu penting jika kita tidak mahu menjadi hamba hutang.


1. Dik mula kerja jangan pasang impian beli kereta gaji pertama. Belajar naik motor atau LRT saja dik.

 

2. Malu memang la malu, bila hujan duduk bawah jambatan dik. Tapi sekurangnya kita jujur bergaya ikut kemampuan kita.


3. Jangan ingat yang pakai kereta hebat tu banyak duit dik, ada yang makan pun mintak kawan belanja. Belum hujung bulan duit dah tak ada.


4. Hutang mereka besar dik, kalau pakai City lagi dahsyat dik. Bayar bulan RM856 selama 9 tahun.Kalau hutang EX5 baru RM250 itupun cuma 2 tahun dik. Dah ada anak nanti boleh bawak naik motor petang petang makan angin.


5. Kalau perut dah boroi, isteri peluk kita tak sempat sampai pusat dik. Romantik namanya dik naik motor nie.


6. Tebal muka sekarang takper dik, dari tebal hutang. Motor boleh jimat banyak benda, cuma kalau berlanggar mungkin tak selamat.Kalau jodoh tak kemana dik, jangan risau


7. Setakat malu jer dik jangan risau, Beboi Iman tak malu pun ambik duit orang. Inikan kita baru mula kerja mengada nak beli kereta.



8. Selagi tak kahwin jangan beli kereta, kalau mak nak tumpang jalan jalan bukan setiap hari. Kalau mak nak juga sewalah kereta yang ada, lagi mahal dari City pun boleh. Audi kan ada!


9. Kalau risau muka hitam naik motor jangan risau dik, Qu Puteh kan ada (jangan percaya sangat produk putih nie, pakai bedak pun boleh)


10. Belajar tebal muka naik motor, buat simpanan tebal tebal dalam ASB atau Tabung Haji. Azam beli rumah pertama kecil dan sederhana.


Gegadis bijak lagi suka kita ada rumah dari kereta dik, mereka senang nak gubah bunga dan beli barang IKEA.

Berikut respon dari netizen berkenaan isu ini. Rata-rata menyokong nasihat dari tuan Azizul Azli ini.






Semoga berjaya dan jadi hebat dik.


Oleh: Azizul Azli Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.