Header Ads

LightBlog

Breaking

Saturday, January 16, 2021

"Tergamak kau rampas bapa kepada 4 orang anak aku" - Ibu anak 4 sedih tapi pasrah selepas suaminya disondol si anak dara manis

 




Jangan kita sangka selepas sudah berkahwin maknanya si dia sudah menjadi milik anda sampai akhir hayat. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk digambar dengan perasaan seorang pengguna FB Farah Lee yang mengongsikan kisah rumahtangga yang berkecai selepas di sondol oleh seorang anak dara.

Maafkan papa



Menerusi tangkap layar Whatsapp yang dikongsi, wanita itu ‘tergamam’ bila suaminya memberitahu mahu berkahwin dengan perempuan yang lain. Jelas wanita itu, dia tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain dan mahu kes tersebut diselesaikan di mahkamah. Wanita itu kelihatan begitu kecewa dengan tindakan drastik suaminya.

Setelah seminggu lebih..Baru ada kekuatan nak share benda ni. Sehingga aku diceraikan.Kau anak dara kot kenapa mesti nak rampas bapak kepada anak-anak aku… Anak 4 ye bukan 1..Kini bermulalah hidup baru bergelar ibu tunggal.Terima kasih korang berdua.. Allah Maha Esa

Difahamkan, punca keretakan rumah tangga mereka bermula apabila suaminya berkenalan dengan seorang gadis yang berstatus dara lagi. Pada masa yang sama dia mempersoalkan tindakan gadis itu yang seolah-olah merampas kebahagiaan rumah tangga mereka. Lagi menyedihkan apabila menceritakan dia sudah menjadi ibu tunggal kepada empat cahaya mata.

Aku ceraikan talak 1



Menerusi tangkap layar Whatsapp yang kedua, wanita itu hampa apabila suaminya ‘mencanang’ segala keburukannya kepada penduduk kampung. Tidak berakhir di situ, dia cuba untuk mengajak suaminya untuk berbincang namun suaminya mengabaikan pelawaan tersebut.

Menyentuh soal kebajikan anak-anak, suaminya lebih mengutamakan ‘isteri muda’ berbanding anak-anaknya sendiri. Kemuncak kemelut rumah tangga ini berakhir apabila suaminya melafazkan cerai talak satu menerusi Whatsapp. Bekas isterinya ketika itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan tersenyum.

Sempat berbalas komen


Tidak berakhir di situ, bekas suaminya juga ‘kantoi’ pernah komen di laman Instagram gadis tersebut dengan memanggil gelaran sayang. Komen tersebut ditujukan menerusi satu gambar yang dimuat naik oleh gadis itu.

Semoga kuat ya sis!



Dikongsi lebih 2.8k dan memperoleh ratusan komen, rata-rata warganet tampil memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus lebih kuat.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya wanita ini dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Sumber: Facebook Farah Lee via ohbulan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.