Header Ads

Breaking

Friday, March 19, 2021

Noor Nabila dan Engku Emran sah bergelar suami isteri, bernikah pagi ini

 


Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti popular Neelofa selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan, Engku Emran Zainal Abidin dengan sekali lafaz, hari ini.


Pasangan itu dinikahkan adik lelaki pengantin perempuan iaitu Mohamed Aqief yang berwakil walikan bapa kandung mereka.


Pada majlis itu, Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.


Menerusi perkongsian di Instagram Story Neelofa, majlis pernikahan itu diadakan di masjid tetapi tidak dinyatakan lokasi.


Kelihatan juga Nabila dan Emran sedondon dalam persalinan warna putih. Hadir sama pada majlis itu adalah ahli keluarga Neelofa.





Walaupun tidak pernah mengesahkan mengenai hubungannya dengan Engku Emran yang diperkatakan ramai sejak awal bulan ini, namun bayangan Nabila sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan itu cukup kuat.


Sejak awal bulan ini, gosip mereka hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.


Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemeIut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.





Dalam pada itu, ini perkahwinan ketiga bagi Engku Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang berakhir dengan perceraian.


Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.


Engku Emran berplsah dengan Laudya, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.