Semasa kita kecil, kita dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibubapa kita.Mereka sanggup berjaga malam kerana tidak mahu ada seekor nyampuk pun yang datang kacau anaknya dan juga sanggup berk0rban apa saja demi membesarkan anak-anaknya sampai sanggup mengabaikan kehendak diri.
Sudah menjadi tanggungjawab kita pula untuk membalas budi dan menjaga orang tua kita apabila sudah dewasa kelak.Tapi satu persoalan yang selalu menjadi pendebatan netizen, siapakah yang wajib menjaga ibubapa jika mereka saklt? Adakah anak lelaki atau perempuan? Atau kedua-duanya sekali?
Ustazah Noor Laila Aniza Bt. Zakaria ada jawapan untuk persoalan diatas untuk untuk permahaman bersama dalam hal kewajiban sebenar menjaga ibu bapa yang saklt. Jadi tidak akan berlaku, sama ada anak lelaki atau anak perempuan hatta menantu sekali pun bertelagah dalam soal menjaga ibu dan ayah yang telah tua.
SIAPA YG WAJIB MENJAGA BILA IBU BAPA SAKlT?
BISMILLAH…
Hukum berbuat baik anak2 terhadap ibu bapa samada ibu bapa kandung/mertua/angkat/tiri/susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki.
Ada pun hukum menjaga ibu bapa yg saklt yakni ibu bapa kandung adalah terletak atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki.Tidak ada sesiapa yg terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin,maka jika saklt,semua anak2 bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yg melahirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki,telah berkahwin atau pun belum.
Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg saklt. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg saklt,maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya.Ini sama sekali tidak benar.
Seandainya yg saklt itu ialah ibu bapa kandung isteri,maka isteri berhajat menjaganya,suami tidak boleh menghalang,bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga.
Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin ,dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.
Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja,maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai.Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya.Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kandung atau pun ibu bapa mertua.
Setiap anak sama2 semua membantu tetapi bantuan itu tak semestinya sama.Ada yg terlebih senang,maka berilah lebih.Ada adik beradik yg susah ,jgn ditambah susah mereka.
Begitu juga tugas menjaga ibu bapa yg saklt.Ada yg senang wang ringgit,tapi masa dan komitmennya tinggi,berjauhan,maka yg kurang komitmen atau berdekatan ibu ayah,bolehlah menjaga org tua yg saklt dan yg berjauhan tetap boleh menjenguk dan berbakti mengambil alih bila pulang bercuti/ dibawa ibu ayah tinggal bersama melihat kepada kesesuaian dan kesanggupan( ada ibu ayah yg x mahu tinggalkan rumah mereka )
Jika suami menghalang isteri menjaga ibu bapanya yg saklt,bermakna suami telah memerintahkan isteri berbuat maksiat yakni memutuskan hubungan ibu ayah dan anak dan hukumnya haram.Bahkan suami sendiri telah berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik pada ibu bapa mertuanya.
Begitu juga isteri yg menghalang suami menjaga ibu bapanya yg saklt,maka hukumnya haram dan isteri tersebut berbuat d0sa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.