Header Ads

Breaking

Saturday, September 18, 2021

"Aku semak!! Kata tobat dah pergi tabligh" - Fara Salleh bengang kembali diganggu Shuk?

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila tersebar sekeping gambar memaparkan pelawak,pelakon dan juga pengacara popular Shuk Shahar mengikut jejak beberapa rakan selebriti lain yang berjihad di jalan Allah SWT dengan mengikuti program dakwah bersama golongan tabligh.

Perkara ini viral apabila dikongsikan di akaun Instagram @dakwahtablighmalaysia.

“Shuk keluar ke jalan Allah, doakan dia istiqamah di jalan Allah,” tulis pengendali akaun berkenaan.



Namun, perkongsian terbaru Fara Salleh menerusi instagrammnya timbul pula cerita baru yang kurang enak didengar apabila Fara memberi bayangan bahawa lelaki itu kembali mencarinya.

Ianya telah dikongsikan menerusi instagram story Fara.


Bagaimanapun perkongsian itu telah dipadamkan tidak berapa lama kemudian selepas Fara meluahkan rasa bengang kerana sering dicari oleh lelaki berkenaan.


Menerusi perkongsian dari portal hiburan Beautifulnara, jika dilihat dari susuk badan lelaki misteri itu juga, ramai yang menebak bahawa ia kelihatan sama dengan Shuk.

Berikut adalah beberapa respon dari netizen berkenaan perkara ini. Ada yang meluahkan rasa kasihan kepada Syuk kerana baru saja nak reda dan mencari rezeki sudah timbul cerita baru.





Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi mengenai hal ini, sama-sama kita nantikan sekiranya ada perkembangan lanjut.


Mungkinkah pelanduk dua serupa atau susuk lelaki yang dikongsikan oleh Fara sebenarnya orang lain.. wallahualam..


Sumber : instagram Fara Salleh via Beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.