Header Ads

Breaking

Saturday, September 4, 2021

Ayda Jebat dan Nabil Mahir Belum Pilih Lagi Nama Anak

 


Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir mendedahkan masih belum mempunyai nama anak buat puteri mereka itu.


Namun, pasangan itu berkata sudah mempunyai beberapa nama dan berharap nama yang dipilih akan membentuk sahsiah diri yang baik buat puteri mereka.



“Masih tak tahu nama apa yang akan diberikan. Huruf pun lain-lain, tiada istilah tiba-tiba ada abjad A dengan N ke atau seumpanya.


Nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksud termasuk nama samaran itu.. biarlah yang baik,” kata mereka.



Mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan minggu lalu, pasangan itu berkata ahli keluarga tidak tahu dari peringkat awal mengenai jantina anak yang dikandungan olehnya.


Difahamkan, Ayda dijangka melahirkan anak sulungnya pada 8 Oktober, namun akan bersalin dua minggu lebih awal memandangakan memilih untuk menjalani pembedahan.

Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.