Header Ads

Breaking

Monday, September 20, 2021

"Hanya 30 minit dari rumah" - Vie Shantie Khan Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri?

 


Selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.


Menurutnya, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.


“Tidak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos vaksinasi ok?,” ujarnya.



Luah Vie, sebaik saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah sudah dibenarkan, dia rasa bersyukur kerana dapat melepaskan beban rindu untuk meluangkan masa bersama ahli anggota keluarga.


“Alhamdulillah, bila dengar saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah dah boleh buka ‘pelitup muka’. Kami menjadi orang pertama yang merasmikan bersama anak-anak di Janda Baik semalam (11 September).


“Hanya 30 minit dari rumah kami, inilah berita gembira buat anak-anak yang sudah terlalu lama berkurung di rumah. Bukan kami saja yang seronok dapat masuk hutan, tapi orang hutan pun suka tengok kami,” luahnya di Instagram.


Walaupun pada perkongsian berkenaan Vie menutup ruangan komen tersebut, tapi pada hantaran gambar aktiviti riadah berbeza, ibarat “pelitup muka” sudah dibuka, majoriti melayangkan komen dan persoalan kerana tidak berpuas hati terhadap pengusaha fesyen muslimah yang didakwa “lolos” ke destinasi itu.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.