Header Ads

Breaking

Tuesday, September 7, 2021

Lelaki kantoi curi dan kumpul lebih 730 pakaian dalam wanita

 


Seorang lelaki dari bandar Beppu, Jepun diberkas polis kerana didapati mencuri dan menyimpan 730 helai coli dan seluar dalam wanita dari beberapa buah kedai dobi, lapor akhbar New York Post semalam.


Tetsuo Urata, 56, ditahan minggu lepas selepas polis menemui beratus-ratus helai seluar dalam dan coli wanita yang disimpan di pangsapuri didiaminya.



Penemuan tersebut dilakukan selepas seorang pelajar kolej berusia 21 tahun membuat laporan polis dan mendakwa bahawa Urata mencuri enam helai pakaian dalamnya di sebuah kedai dobi pada 24 Ogos lepas.


Hasil intipan, polis berjaya mengekori lelaki tersebut ke pangsapurinya seminggu selepas laporan dibuat.


Menurut  stesen televisyen tempatan, Abema TV, Urata mengaku mencuri kesemua pakaian dalam tersebut.



“Kami tidak pernah merampas seluar dalam sebanyak ini dalam masa beberapa tahun,” kata seorang jurucakap polis kepada Abema TV.


Polis bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kedai dobi yang telah menjadi sasaran Urata dan tempoh masa kesemua barangan itu dicuri. – Agensi


Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.