Header Ads

Breaking

Wednesday, October 20, 2021

“Guna akallah nak buat kelakar" - Siap nak bayangkan babak R0G0L, netizen desak Shuk Sahar diboikot

 


Baru-baru ini viral di media sosial satu video yang memaparkan satu video yang memaparkan pelakon terkenal Fauzi Nawawi yang berkongsikan pengalamannya tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama Raja Farah.


Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan.

Semuanya gara-gara dialog lontaran Shuk yang seolah-olah bersungguh-sungguh mahu Fauzi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengalaman melakonkan watak perog00I dalam filem Anak Halal melibatkan aktres Raja Farah.


Ibarat menyimbah minyak ke api, perbuatan Shuk tersebut menambahkan amarah netizen terhadapnya yang selama ini dikecam susulan berkali-kali berlaku curang terhadap isteri.


“Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,” kata Shuk kepada Fauzi.


Lebih teruk, terdapat netizen yang mempertikaikan mengapa dia masih diterima menjadi pengacara program televisyen sedangkan sering mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.


“Shuk bila nak kena gam? Bukan main galak dia bersembang,” kata seorang netizen.


Disebabkan situasi tersebut, terdapat juga pengguna Twitter yang mahu memboikot pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu.


“Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Tak fikir ke kalau oran lain bayangkan anak atau isteri kau?

“Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka,” komen seorang netizen yang geram.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen rata-rata netizen bengang dan tidak boleh terima dengan apa yang berlaku. Ada juga yang menyifatkan seolah-olah mereka itu tiada akhlak dan sifat hormat kepada golongan wanita.





Bila rasa malu sudah hilang dalam diri.

Bercakap siang pandang pandang, bercakap malam dengar dengar.


Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.