Header Ads

Breaking

Tuesday, October 12, 2021

"Suara sebijik macam Baby Shima" - Sofia Marieylla skuad jerung merah muncul dengan single terbaru

 


Skuad jerung merah, satu nama besar dalam arena Tiktok. Siapa saja pengguna tiktok yang tidak kenal dengan Jerung Merah, setiap kali mereka membuat kemunculan pasti tidak akan terlepas dari jadi perhatian netizen.


Skuad Jerung Merah (SJM) yang sering menampilkan video-video kelakar dalam dialek Kelantan itu sering menjadi buah mulut netizen dan tidak kurang juga ada yang mengkritik kumpulan ini.


Menerusi laporan dari portal hiburan beautifulnara, Skuad Jerung Merah khabarnya telah tampil dengan single lagu terbaru berjudul Akulah Jerung Merah. Wow!


Perkara tersebut dikongsikan Sofiaa di mana dia telah memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang merakam lagu di sebuah studio untuk tatapan peminat.


Sepanjang dua tahun Sofia membina tema #squadjerungmerah, banyak gila cabaran yang perit dan susah. Now, Alhamdulillah jerung merah makin menyerlah hasul usaha keras selama ni. Yeay, excited untuk next projek.


Difahamkan, Sofiaa kini merupakan bakat baru yang diketengahkan oleh program ‘Indie Space Station‘ di bawah label  muzik Rocketfuel Records.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memuji kelunakan suara ketua kumpulan Skuad Jerung Merah itu dan ada juga yang berharap agar Sofeaa tidak terlalu mengambil pusing kecaman netizen di media osial.

“Weh sedapnya suara macam Baby Shima..” tulis seorang netizen.


“Yang kutuk hina mummy (Sofeaa) tu sekarang ada apa je??” tempelak seorang lagi pengguna media sosial.


Terdahulu, SJM ini mula menjadi perbualan netizen setelah mereka memuat naik video-video mempromosikan satu jenama kecantikan di TikTok.


Terkenal dengan tagline ‘lepoh cha’, Sofeaa dan ahli kumpulannya yang lain telah mempunyai hampir 808,000 pengikut dan 14 juta tanda suka di aplikasi media sosial itu.


SUMBER : Instagram Sofiaa Marieylla

Artikel dari : Beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.