Header Ads

Breaking

Friday, December 10, 2021

Duda ditemui berpeluh bersama janda di bilik inap desa

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Sepasang kekasih ditahan pihak Penguatkuasa Agama Daerah Sik di sebuah inap desa semalam kerana disyaki berkhalwat.

 

Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Sik, Sheikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, pihaknya sebelum itu mendapat maklumat awam dan melakukan operasi cegah maksiiat pada jam 10 malam yang membawa kepada penangkapan ibu tunggal berusia 33 tahun dan duda berusia 40 tahun. 



Ketika diserbu, pasangan itu didapati berdua-duaan di dalam bilik di inap desa berkenaan. Wanita itu memberikan alasan dia menginap bersama dengan pasangannya kerana mahu menemani si lelaki yang akan menerima vaksin, manakala dia sudah menerima dua dos vaksin.


Soal siasat mendapati, kedua-dua mereka bekerja di kilang berasingan di Pulau Pinang. Mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan. 



Pasangan terbabit akan disiasat mengikut Sesyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.