Header Ads

Breaking

Wednesday, December 1, 2021

Mari kenali Kevin Mendoza, hero Kuala Lumpur City di final piala Malaysia 2021

 


Malam tadi merupakan hari yang paling bersejarah bagi warga kota apabila penantian lebih 30 tahun untuk menjulang piala teragung dalam bolasepak Malaysia akhirnya menjadi milik mereka.


Kemenangan yang sungguh tidak disangka-sangka kerana lawan mereka di final adalah JDT yang sudah sedia maklum akan kehebatannya. Namun strategi bijak Bojan Hodak berjaya menidakkan impian JDT untuk merangkul piala ketiganya musim ini.


Disebalik kemenangan bersejarah itu, ramai yang terpesona dengan watak penjaga gol KL City yang ternyata banyak menepis percubaan dari pemain JDT.Siapa lagi kalau bukan Kevin Mendoza, selain memiliki wajah persis model, ketangkasan beliau juga menjadi kunci utama skuad The City Boys kental bertahan sehingga berakhirnya babak pertama tanpa jaringan. Bersambung di babak kedua, tempo permainan pasukan KL City dilihat semakin rancak dan Mendoza berjaya menyelamatkan beberapa bola daripada terus masuk ke gawang gol.


Siapakah Kevin Ray Mendoza?


Di dalam nama orang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialah Mendoza dan nama keluarga sebelah bapanya ialah Hansen.

Maklumat peribadi

Nama penuh Kevin Ray Mendoza Hansen

Tarikh lahir 29 September 1994 (umur 27)

Tempat lahir Herning, Denmark

Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)

Posisi permainan Penjaga gol

Maklumat kelab

Kelab terkini

Kuala Lumpur City

Nombor 1

Kerjaya remaja

Midtjylland

Viborg

Kerjaya Senior*

Tahun Pasukan Kmcln (Gol)

2012–2014 Viborg 6 (0)

2014 Kjellerup

2014–2015 Ringkøbing

2015–2018 Thisted 32 (0)

2018–2019 Horsens 6 (0)

2019–2020 HB Køge 33 (0)

2020 Vendsyssel FF 16 (0)

2021– Kuala Lumpur City 22 (0)

Pasukan kebangsaan

2021– Filipina 1 (0)

* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9:32, 12 September 2021 (UTC)



Kevin Ray Mendoza Hansen (lahir 29 September 1994) ialah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Kuala Lumpur City dalam Liga Super Malaysia dan pasukan kebangsaan Filipina

Namun ini juga adalah berita yang pasti membuatkan anak gadis menangis bucu katil. Hero kacak ini sebenarnya dipercayai sudah pun berkahwin dengan Nadia Baekgaard.Nadia merupakan warganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama Mendoza.

Berikut adalah reaksi dan komen dari netizen di instagram milik penjaga gol kacak tersebut.




Sumber: ig Kevin Mendoza

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.