Header Ads

Breaking

Friday, April 20, 2018

Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

Padan Muka Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

‘Saya akan menyalurkan wang kemenangan ini kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.’

Undang-udang penguatkuasaan berita palsu yang bakal diperkenalkan di Malaysia sangat mengejutkan pengamal media khususnya blogger yang mencari sesuap nasi macam admin ni. Apa taknya, admin dah blogging selama 10 tahun. Kenapa baru sekarang nak diperkenalkan?

Berita palsu pasal artis yang kononnya telah mati, contohnya, ‘Awie mati’ yang muncul setahun sekali kenapa tak diambil tindakan? Sampai sekarang, ini la kali pertama admin berpeluang membuka portal Sebenarnya.my | Tidak Pasti Jangan Kongsi ni. Admin masih tidak dapat tangkap apa sebenarnya fungsi sebenar portal itu. 

Contohnya, admin search ‘Awie Mati Lagi":

Padan Muka Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

Admin ingatkan portal tu bertindak sebagai 'Anti Berita Palsu' macam Hoax Slayer tu. Rupanya bukan. Entah la, lantak diorang la. Apa kata lantik je blogger berpengalaman jadi pengurus portal tu kan senang. Tapi paling dahsyat, Awie la. Setiap tahun mati. Kesian Awie.

Okay, kita kembali ke kisah sebenar dan tajuk berita kita. Untuk pengetahuan anda semua, hukuman menyebarkan berita palsu lebih berat dari hukuman Akta Hasutan. Denda RM500,000 atau 10 tahun penjara. Menakutkan!

Jadi, kepada anda yang suka sebar berita palsu contohnya penyebar berita Tengku Mahkota Johor berkenan belanja rakyat di Econsave Pontian dan blogger yang kerja nak makan duit haram je, hati-hatilah korang. 

Memetik laporan Malaysiakini, semalam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan membayar RM1 Juta kepada Nurul Izzah Anwar sebab memfitnah Naib Presiden PKR ini.

Fitnah yang disebar bekas KPN dan Ismail Sabri

Padan Muka Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

Ismail Sabri dan Khalid masing-masing diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk bayar RM600,000 dan RM400,000 kepada penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu. Hal ni adalah kerana, Khalid telah memfitnah Izzah dalam satu acara di masjid Bukit Aman pada tahun 2015 lalu.

Menurutnya, Izzah berjumpa musuh negara sebab bergambar dengan Jacel Kiram, anak Jamalulail Kiram yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013. Ismail pula membuat fitnah pasal Izzah di hari yang sama pada majlis berbeza. Ismail dikatakan menuduh Izzah khianati negara dan isytihar perang terhadap Agong.

Padan Muka Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

Allahuakbar! Isu Pencerobohan di Lahad Datu adalah sangat sensitif untuk kita ceritakan kembali. Apa agaknya perasaan Izzah masa tu diuduh bersubahat dan mengkhianati negara. Admin masih ingat lagi masa tu habis kena maki berjemaah Izzah ni.

Nurul Izzah menang tuntutan mahkamah selepas failkan saman 

Padan Muka Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

Menurut pesuruhjaya kehakiman, kenyataan yang dibuat oleh Khalid dan Ismail boleh memberikan pandangan buruk kepada anak sulung Anwar Ibrahim itu dan boleh menyebabkan dia dibenci dan dicemuh orang ramai.

Izzah akhirnya memfailkan saman pada November 2015 dan dia menang! Keputusan mahkamah membuktikan yang Khalid dan Ismail ternyata telah bersalah kerana memfitnah Nurul Izzah dan diarahkan bayar sejumlah wang yang disebutkan. Hukuman yang kurang setimpal!

Izzah menyalurkan wang saman kepada yang memerlukan

Padan Muka Bekas KPN Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Akibat Fitnah Nurul Izzah

Selepas kemenangannya diumumkan semalam, Izzah berkata wang saman berjumlah RM1 Juta yang dimenanginya itu akan disalurkan kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013.

Nurul Izzah juga memberi pesan kepada semua agar mengamalkan politik bersih sempena PRU14 yang akan datang.

“Mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap saya (kononnya sebagai pengkhianat). Tetapi saya seorang patriot. Dalam kita memasuki PRU ke-14 ini adalah peringatan kepada kita untuk mengamalkan politik baru dan bersih.”

Anda yang dah termaki dan terkecam Nurul Izzah masa Bekas KPN Dan Ismail Sabri keluarkan kenyataan tu dulu, bolehlah memohon maaf. Menjelang PRU14 ini, marilah kita semua mengamalkan politik bersih dan elakkan sebar fitnah pasal orang lain.

Credit: Lobak Merah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.