Ticker

6/recent/ticker-posts

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

“Saya tidak melutut kerana saya terlalu tua. Malah lutut saya juga sakit.”

Siapa sangka dalam senyap-senyap, Tan Sri Tony Fernandes telah berkahwin dengan teman wanitanya yang berasal dari Korean dikenali dengan nama Chloe.

Pernikahan itu diadakan di Cote d’Azur, di hadapan keluarga dan teman dekat. Dengan mengenakan gaun putih nampaknya perkahwinan pasangan ini terlalu privasi sehinggakan gambar-gambar tidak terlalu banyak didedahkan.

2017 dianggap sebagai tahun menakjubkan bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Sambutan ulang tahun ke-16 kumpulan tersebut baru-baru ini lebih bermakna apabila ia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi tahun kelima berturut-turut pada acara kemuncak World Travel Awards (WTA) 2017 di Phu Quoc, Vietnam, 10 Disember lalu.

Memetik laporan MStar, Sunday Star berpeluang menemubual ‘orang kuat’ Kumpulan AirAisa itu di ibu pejabatnya di RedQ, Sepang untuk berkongsi lebih lanjut mengenai pencapaian dan sasaran syarikat tersebut pada 2018.

Temubual itu berlangsung secara santai apabila Tony, 53, seorang yang mudah mesra dan suka berjenaka.

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Beliau turut dilihat memakai jam tangan jenama Apple, gelang perak dan cincin perkahwinannya dengan wanita dari Korea pada Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai identiti isterinya, Tony sekadar tertawa mengenai kehidupannya yang kini bergelar seorang suami.

“Saya kini lebih fokus dan tentunya ia membuatkan kakitangan saya lebih tertekan dengan tugasan yang lebih banyak diberikan.

“Fokus adalah perkara penting dalam kehidupan saya. Dan saya sememangnya gemar melakukan kerja bersama-sama rakan,” katanya yang juga begitu menantikan saat pulang ke tanah air.

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Ditanya sama ada beliau melutut ketika melamar isterinya?

“Tidak, kerana saya terlalu tua. Malah lutut saya juga sakit,” kata Tony sambil menyapu-nyapu lutut kanannya.

Apa yang dikongsikannya adalah soalan yang terlintas di fikirannya semasa pertemuan kali pertama mereka di sebuah restoran di Paris.

“Restoran itu tutup, keadaan amat sejuk. Dan saya melakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan. Sudah tentu, ia dilakukan dengan sedikit gaya di mana saya diketawakan oleh orang lain,” katanya dalam nada berseloroh.

Ditanya mengenai lebih lanjut mengenai perkara itu, Tony mengambil pendekatan untuk tidak bercakap banyak.

“Hakikatnya saya melamarnya di tempat saya bertemu dengannya. Dia tidak menyedarinya – bukan diri saya yang sebenar dan ia kelihatan agak tenang,” katanya.

Mengulas mengenai tahun penting AirAsia dan bagaimana syarikat tersebut melakukan sesuatu yang berbeza berbanding pesaingnya, Tony berkata AirAsia sentiasa mengutamakan pelanggan.

“Saya fikir kami berusaha keras untuk menjadikan pengalaman ini menjadi kenyataan, dari segi anak kapal kami, makanan; ia tidak disediakan chef Perancis, ia makanan tempatan, makanan orang ramai, ia berkesan,” katanya.

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Malah, satu lagi kelebihan AirAsia adalah destinasi penerbangan mereka tidak pernah ‘disentuh’ oleh pesaing lain.

Selain menjadi syarikat penerbangan ‘berkesan, mudah’ dan berpangkalan di Malaysia, AirAsia turut mencuba platform digital.

“Kami memulakan laman web dotcom pertama di Asia, AirAsia.com di mana anda sebenarnya boleh membeli tempat duduk. Saya fikir Malaysia Airlines mengikut jejak langkah itu tujuh hingga lapan tahun selepas itu, begitu juga Singapore Airlines,” katanya.

Bagi tahun 2018, Tony berkata ia lebih kepada perkhidmatan pelanggan dengan pelaburan tertumpu kepada tenaga jualan.

“Saya mahu menggembirakan pelanggan kami. Saya fikir kami boleh jadi lebih bagus berbanding sekarang. Saya fikir kami perlu bertanya kepada diri sendiri, apa kelemahan kami.

“Saya mahu mendapat maklum balas pantas daripada pelanggan supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik atau bertanya soalan dengan cepat,” katanya.

Menerusi Hangat.com,  kami kongsikan beberapa gambar di mana Chloe memakai pakaian seragam krew penerbangan AirAsia.

Gambarnya diambil dari senarai jenis Port Folio Fotografi yang disediakan oleh sebuah Studio Pergambaran di Korea.

Namun tidak dapat disahkan sama ada benar atau tidak itu adalah Chloe yang juga seorang kakitangan AirAsia.

Berikut antara gambar-gambar Chloe yang comel. Tapi nampak sama kan?

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Tony Fernandes Tersipu Malu Dedah Detik Manis Bagaimana Beliau Berjaya Melamar Isterinya yang Berasal Dari Korea

Post a Comment

0 Comments