Ticker

6/recent/ticker-posts

Teka-Teki Dari Mana Sebenarnya Punca Air Sungai Dijawab Al-Quran

Pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya air sungai yang tak putus-putus walau dalam musim kemarau pun. Ini jawapan dari Al Quran. Allahu. Subhanallah.

Teka-Teki Dari Mana Sebenarnya Punca Air Sungai Dijawab Al-Quran

TEORI PUNCA AIR SUNGAI

Dari aku kecil hingga sekarang walau secara teorinya aku faham tetap secara logik akal aku masih tertanya-tanya. Iaitu dari mana datangnya sumber air sungai?

Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yang mengalir melalui tanah dan batu-batu. Ada yang kata mata air tersimpan di celah-celah pokok dan batu-batu di hutan. Dari situ terjadinya sungai.

Memang benar tapi akal fikir banyak mana sangat mata air tu? Di musim kemarau pun tak kering. Jika mata air di lembah kita faham tetap jika di tempat yang tinggi.. macam mana mata air tu boleh naik tinggi?

Aku selalu tengok Google map paparan satelite. Memang kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Tapi ada juga dari celah kampung mana entah bermulanya punca sungai.

Dari Mana Sebenarnya Punca Air Sungai? Ini Jawapan Al-Quran Yang Sangat Menakjubkan.

Bila tengok gambar ni.. pokok tak ada dan hanya batu pejal tiba-tiba keluar bercabang-cabang air terjun.. lagi pening. Banyak pula tu dan tentunya tak henti mengalir. Apa yang dpt kita kata hanya MashaAllah, Subhanallah. Allah yang menjadikan semuanya untuk kegunaan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan semuanya.

PUNCA AIR SUNGAI DALAM QURAN

Antara apa yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran tentang punca sungai..

Maksud firman Allah: “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” – Al-Baqarah:74 .

Dari Mana Sebenarnya Punca Air Sungai? Ini Jawapan Al-Quran Yang Sangat Menakjubkan.

Sumber: FB Saiful Nizar Abd Rahim 

Post a Comment

0 Comments