Ticker

6/recent/ticker-posts

Ebit Liew bantu nenek 70 tahun bina rumah baru, 12 tahun berdoa untuk ada tempat solat sempurna

 


Ustaz Ebit Lew sekali lagi mendapat perhatian warganet kerana membantu seorang warga emas yang tinggal di sebuah bangsal kecil.


Melalui perkongsian beliau di laman Facebook miliknya semalam, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi satu posting yang mana beliau telah sampai ke Tumpat, Kelantan bagi menziarahi wanita tersebut yang dipercayai telah tinggal selama 12 tahun di situ.

 

Beberapa jam yang lalu Ustaz Ebit Lew sekali lagi berkongsikan mengenai proses pembinaan rumah baharu warga emas tersebut.


“Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun.


“Mak cik ini menangis. Katanya setiap 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna je.


“Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama Dila dan rakan yang lain dapat membantu mak cik ini. Ya Allah tuhanku. Sedih rasanya.


“Syukur dapat bantu bayarkan tukang dan siapkan barang buat rumah. Kerja dah dimulakan.


“InsyaAllah 10 hari ini boleh siap semuanya. Mak cik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi,” tulisnya.


Kita sememangnya perlu bersyukur kerana adanya insan mulia seperti Ustaz Ebit Liew yang sanggup mengeluarkan belanja duit poketnya sendiri dan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan.


Hakikatnya, kita masih memerlukan lebih ramai lagi dermawan seperti beliau kerana bilangan orang miskin dan gelandangan yang memerlukan bantuan masih ramai.



Usaha yang dilakukan Ustaz Ebit Liew sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kerajaan dalam membantu golongan yang miskin dan susah.


Diharap Ustaz Ebit Liew boleh dijadikan teladan dan ikon kebajikan yang boleh melahirkan lebih ramai anggota masyarakat yang mampu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukannya.


Namun adakalanya bantuan Ebit Liew ini sering disalah tafsir pelbagai pihak, oleh itu kita berharap Ustaz Ebit Liew tidak berputus asa dan akan meneruskan bantuannya pada golongan yang memerlukan.


Perlu diingat, jika kita tidak mampu menghulurkan bantuan seperti beliau sekalipun, janganlah mencemuh atau menghalang usaha murni beliau.


Sumber : sinar plus

Post a Comment

0 Comments