Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketepikan iPhone 12 Dan PS5, Fizo Omar Beli Skuter Untuk Ibu Ulang-alik Ke Surau

 


Iphone 12 dan Playstation 5 baru saja menjenguk kita semua, ramai yang tidak sabar untuk memiliki gadget bangsawan ini sampai ada yang sanggup membuat pinjaman dan bergolok gadai semata-mata tidak ingin dipandang ketinggalan zaman.


Namun ianya bukan bagi pelakon Fizo Omar yang meletakkan ibunya keutamaan dari gadget ini semua.


Menerusi perkongsian terbaru di instagram miliknya, Fizo memberitahu dia ketepikan hasratnya untuk memiliki kedua-dua gajet itu dan menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.


Tambahnya lagi, skuter itu boleh digunakan ibunya untuk ke surau. Fizo berkata jika ibunya gembira pasti akan bertambah rezekinya kelak dan tidak mustahil jika dapat membeli apa yang diinginkan satu hari nanti.


“Hopefully perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu. Hmmmm…iphone 12, PS5? Nanti la dulu. Bila Mama happy, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iPhone n PS5, dengan kedai sekali boleh beli,” tulisnya.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji Fizo dan tindakannya boleh dijadikan contoh kepada mereka yang lain untuk terus berbakti kepada ibu bapa.-rotikaya




Post a Comment

0 Comments