Ticker

6/recent/ticker-posts

Like Dan Unlike Gambar Nur Fatima Aisya Di Instagram, Netizen Harap Neelofa Berbaik Semula Dengan Fazura

 


Ramai peminat tanah air yang sudah mengetahui bahawa pelakon Fattah Amin pernah menjalinkan hubungan bersama dengan pengacara Noor Neelofa tapi disebabkan tiada jodoh, hubungan itu berakhir di tengah jalan dan Fattah pula mendirikan rumah tangga bersama dengan Nur Fazura.

Hubungan antara Neelofa bersama dengan Fattah dan Fazura juga agak tegang suatu ketika dahulu tetapi kini nampaknya semua sudah kembali normal.

Agak mengejutkan apabila didapati Neelofa telah menekan tanda suka pada gambar puteri kesayangan Fattah dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya yang telah dikongsikan oleh akaun Instagram salah satu rancangan yang pernah dikendalikan oleh Neelofa sebelum ini.


Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyifatkan Neelofa sudah dapat move on daripada kisah cinta lamanya itu disebabkan dia kini juga sudah bergelar tunang kepada PU Riz.



Namun selepas diperiksa semula, nampaknya sudah tidak ada pula ‘jejak’ yang ditinggalkan oleh pengacara tersebut di akaun Instagram berkenaan.


Tak mengapa la, asalkan sekarang semua sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing kan.

Mana tahu selepas ini Neelofa dan Fazura akan berkawan baik? Kita doakan yang baik-baik sahaja okay.

Sumber : hotfm

Post a Comment

0 Comments