Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelajar universiti cumbu rayu dalam kereta belakang pasar raya

 


Mungkin sebab sudah terlalu rindu, sepasang  kekasih yang sedang asyik berpel0k dan bercumbu dalam Proton Saga di belakang sebuah pasar raya di Lembah Impiana di sini, terkejut didatangi penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), jam 7 malam semalam.


Bagi mengelak dithan, pasangan terbabit memecot dari lokasi namun dapat ditahan kira-kira 20 minit kemudian oleh anggota unit kereta peronda (MPV) polis.


Terdahulu, tindakan pasangan itu disedari penguat kuasa PADK yang sedang melakukan rondaan.


Sumber berkata, pemeriksaan mendapati, kedua-duanya tiada ikatan sah suami isteri atau hubungan mahram dan disyaki melakukan m4ksi4t.


"Pasangan itu memberi alasan baru pulang makan dan berehat dulu di kawasan itu sementara menjelang Maghrib.



"Lelaki terbabit dipercayai menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala wanita berusia 25 tahun itu tidak bekerja. Mereka dipercayai berasal dari Kulim," katanya hari ini.


Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh, mengesahkan penahnan pasangan terbabit.


Kes disi4sat mengikut Sksyen 25 Enakmen Kes4lahan Jnayah Sy4riah Kedah 2014.


Sabit kesalhan boleh didnda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjra atau kedua-duanya sekali.


"Pasangan itu dibeb4skan selepas keterangan mereka direkodkan," katanya.-hmetro

Post a Comment

0 Comments