Ticker

6/recent/ticker-posts

Sanggup bersengkang mata waktu malam semata-mata undi Haqiem Rusli, kelab peminat Qiemilio dah jangka capai angka 22 juta

 


Rasanya masih lagi belum terlewat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli diatas kejayaannya merangkul Bintang Paling Popular,Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33)


Memetik laporan dari mStar Online, salah seorang pengendali Qiemilio yang dikenali sebagai Keena, ahli kelab memberikan komitmen penuh dan bekerja keras mengundi Haqiem tanpa mengira waktu bagi memastikan kemenangan penyanyi kesayangan mereka itu.


"Bagaimana kami dapat angka itu adalah kerana kerjasama berpasukan dalam mengundi Haqiem... kami ada lebih kurang 2,500 ahli berdaftar dan masing-masing main peranan mengundi sejak sebulan lalu.


"Mereka ini semua sukarela mengundi tanpa paksaan dan ikhlas nak pastikan kemenangan Haqiem. Kami sering berinteraksi bersama di dalam aplikasi sembang dan bergerak secara agresif bagi nak capai target undian.


"Ada yang tak tidur malam mengundi kerana waktu pagi ada komitmen lain, jadi malam waktu sesuai untuk mereka mengundi. Dalam masa sama kita percaya juga ada peminat yang tak berdaftar tapi mereka ini turut menyumbang jumlah undian," katanya lagi kepada mStar.


Dalam masa yang sama, Keena menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya Haqiem membeli undi sehingga mempertikaikan mengenai jumlah undian sebanyak 22,332,676 yang diterima oleh penyanyi lagu Adlina Marie ini.


Kata Keena, angka itu tidak mustahil dicapai kerana mereka ada membuat kira-kira sepanjang tempoh kempen itu.


"Kami memang ada buat tracking jumlah undian, dah jangka anggaran undi itu, cuma undian pesaing sahaja yang akan menentukan kemenangan.


"Dalam mana-mana pertandingan pun pasti akan ada orang pertikaikan kalau Haqiem menang, itu perkara biasa... yang penting kita tahu apa kita lakukan, mereka tak nampak kita kerja keras bagi memastikan kemenangan," ujarnya.


Sementara itu, Keena berkata ahli kelab memilih untuk mengabaikan sebarang bentuk kecaman dan provokasi yang dilemparkan netizen kepada artis mereka.


"Kami semua ambil positif sahaja asalkan kita tahu apa kita buat ini! Masing-masing ada pendapat sendiri, jadi terpulanglah jika ada yang nak beri komen atau pandangan mereka.


"Kalau sesetengah peminat akan mempertahankan artis mereka tapi Haqiem pula mahu kami lebih relaks dan tidak mudah melatah," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments