Ticker

6/recent/ticker-posts

Semua Negeri Sudah Bersetuju Laksana Kempen Tiada Beg Plastik Mulai Disember Ini

 


Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, pelaksanaan itu juga bagi menangani pencemaran plastik sekali guna.


"Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-76 yang bermesyuarat pada 18 Nov telah meluluskan Kertas Cadangan Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibentangkan KASA.


"MNKT turut bersetuju meluluskan pelaksanaannya di semua premis seluruh negara dengan mengenakan caj minimum 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan di kaunter pembayaran.



"Pengenaan caj ini berpandukan prinsip 'user-pay-principle' yang bertujuan menghindari penggunaan plastik sekali guna. Kutipan ini perlu diserahkan kepada PBT untuk digunakan bagi aktiviti kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat," katanya.


Kempen Tiada Beg Plastik ini juga akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu Fasa 1, mulai Disember 2020 sehingga 2021 dengan bertumpu kepada premis kekal iaitu pasar raya besar, pasar raya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian dan farmasi.


Pelaksanaan Fasa 2 (2022-2025) pula akan diperluaskan kepada jenis premis perniagaan lain termasuk kedai runcit, pasar basah, pasar malam, pasar tani dan sebagainya.


Justeru, orang ramai digalakkan untuk membawa beg guna semula semasa membeli belah dalam usaha melestarikan alam sekitar.


Sumber: Astro Awani / BERNAMA

Post a Comment

0 Comments