Ticker

6/recent/ticker-posts

“Tengah Baru Semuanya Manis, Kentut Pun Wangi , Tunggulah Nanti Bila Dah Lama…”

 


Meskipun usia perkahwinan selebriti yang dulu menjadi pujaan ramai kaum adam ini sudah menjangkau usia 3 bulan, namun kisah pasangan suami isteri merpati dua sejoli ini masih tetap hangat jadi bualan netizen.Ada sampai netizen yang menjadikan pasangan suami isteri itu sebagai 'couple goals'.


Tidak pernah lokek untuk berkongsikan momen indah bersama peminat tersayang, baru-baru ini Mira Filzah ada upload sekeping gambarnya bersama dengan suami tersayang ketika berada dalam kereta.Boleh dilihat diruangan komen, ramai netizen yang memuji pasangan tersebut yang dilihat sentiasa manis dan romantis setiap masa.


Menurut laporan dari portal hiburan rotikaya, Seperti sudah dijangka perkongsian Mira itu turut menimbulkan rasa kurang senang neitzen yang tidak begitu gemar mereka berkongsi kebahagiaan di media sosial secara terang-terangan serta sudah muak asyik melihat perkongsian tentang mereka.


Namun, komen seorang individu ini menjadi perhatian ramai kerana melemprkan kata-kata yang kurang sopan serta mendoakan pasangan itu dengan perkara yang kurang baik.


Kata netizen tersebut, di awal perkahwinan semuanya nampak indah sahaja, lihat sahaja selepas beberapa tahun nanti pasti akan ada hal yang timbul dan ketika itu mulalah akan sorok dan menafikan itu ini tentang rumah tangga.



Komen netizen tersebut mengundang kec4man netizen yang tampil mempertahankan Mira Filzah serta meminta individu berkenaan menyucikan hati.



Kita sepatutnya doakan yang baik-baik untuk pasangan tersebut dan tidak perlu d3ngki dengan kebahagiaan orang lain.-rotikaya

Post a Comment

0 Comments