Ticker

6/recent/ticker-posts

UAE Sah Benarkan Minum Arak, Pasangan Tinggal Bersama Walaupun Tanpa Nikah

 


p/s : gambar hiasan

Terkenal dengan undang-undang Islam yang ketat, baru-baru ini Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan perombakan besar sistem undang-undang syariah Islam negara itu.

Menerusi undang-undang terbaru, negara tersebut membenarkan pengambilan arak, manakala pasangan yang belum berkahwin dibenarkan untuk tinggal bersama.

Rombakan undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan status ekonomidan sosial negara serta dalam usaha untuk menarik pelancong dan ahli perniagaan datang ke negara berkenaan.

Daily Mail melaporkan langkah ini diambil setelah UAE menjalinkan hubungan dengan Israel yang dilihat sebagai langkah untuk membawa masuk pelancong dan pelaburan dari Israel.


Undang-undang tersebut akan meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial negara dan menggabungkan prinsip toleransi UAE, lapor agensi berita WAM.

Terdahulu, pengambilan arak hanya dibenarkan buat orang asing yang mempunyai lesen khas. Namun menerusi undang-undang baru ini rakyat UAE juga boleh membeli dan minum arak.


Undang-undang baru itu juga turut membenarkan minum secara persendirian atau di tempat awam, namun mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Jika dahulu, pasangan yang belum berkahwin tinggal bersama dianggap satu jenayah, namun kini penduduk tempatan dan warga asing yang belum berkahwin boleh tinggal bersama.

Dalam pada itu, bunuh diri atau percubaan bunuh diri tidak akan dianggap sebagai satu jenyah di UAE. Malah, undang-undang penceraian dan warisan telah dirombak.


SUMBER: Daily Mail via gulapop

Post a Comment

0 Comments