Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita ini ceritakan kisahnya mengenali lelaki di kelab malam, kini mampu jadi imam keluarga

 


Benarlah  kata orang hidayah itu milik Allah, asalkan kita berusaha mencarinya.Setiap orang mampu berubah jadi baik walau siapa pun dulu orangnya.


Menerusi artikel yang ditulis oleh gulapop, seorang pengguna tiktok iaitu Zuliani Asylia berkongsikan kisah silam suaminya dan detik perkenalan mereka berdua sehinggalah kini bergelar kekasih halal.


Tambah Zuliani lagi, mereka berdua berjumpa buat kali pertama sebuah di kelab malam, namun dalam video yang dikongsikan kelihatan suaminya mengenakan T-shirt berwarna merah dan kain pelikat sambil sedang menunaikan solat.



Perkongsiannya itu sekaligus menepis pandangan orang ramai bahawa lelaki kelab juga boleh berubah untuk menjadi suami yang baik. Kata Zuliani suaminya kini sudah berubah dan menjadi imam dalam hidupnya.

Perkongsian Zuliani itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pasangan itu serta mendoakan suaminya kekal istiqamah untuk memperbaiki diri





Malah, Zuliani percaya bahawa setiap manusia berhak diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki kesilapan dirinya terdahulu..-gulapop

Post a Comment

0 Comments