Ticker

6/recent/ticker-posts

Harap Sangat Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan, kata PU Rahmat

 


Semalam ketika sedang berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2020, pelakon Kamal Adli membuat kejutan melamar kekasih hatinya, Uqasha Senrose. Momen tersebut menjadi viral di laman sosial dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.


Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tampil menitipkan nasihat mengenai lamaran secara terang-terangan mengikut hukum Islam dan mengapa ianya tidak dianjurkan.

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yan memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahu pun atas pentas?


1) Agar tiada tekanan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki. Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan. Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.


2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.


Jangan diikut trend barat


3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga. Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.


Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengecam. Saya menerangkan bukan menyerang.



Akhukum Fillah

Saudara mu dalam Islam

Rahmat Ikhsan


Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan via ohbulan

Post a Comment

0 Comments