Ticker

6/recent/ticker-posts

Hidup Terlalu Mewah, Nia Ramadhani Tak Pernah Masuk Fitting Room, Baju Tak Muat Terus Bagi Orang


 

Apa saja yang dimuat naik oleh Nia Ramadhani pasti akan menjadi perhatian netizen. Tidak kisahlah cerita kelakar atau serius, asalkan melibatkan nama pelakon terkenal indonesia ini sudah semestinya jadi viral.


Kali ini, perkongsian Nia sekali lagi mendapat perhatian makcik bawang apabila pembantu peribadinya bongkar perangai pelik si cantik manis ini ketika shopping.

Nia tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam ‘fitting room’ untuk mencuba pakaian. Jika dia berminat untuk membeli sesuatu pakaian, Nia cuma melihatnya pada model dan ukurannya sahaja.


Ujar pembantunya lagi, jika pakaian yang sudah dibeli tidak muat di badannya, dia akan terus memberikannya kepada orang lain tanpa berfikir dua kali.




Nia juga tidak suka pergi ke kaunter bayaran selepas selesai memilih barang-barang kerana membayar di kaunter adalah perkara yang agak menakutkan.



Nia khuatir jika dia akan berasa menyesal apabila melihat jumlah perbelanjaannya sendiri yang pasti mencecah harga luar biasa.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments