Ticker

6/recent/ticker-posts

Najib desak CEO KWSP benarkan pengeluaran RM10000 kepada pencarum tanpa syarat yang tak munasabah

 


Buatlah sahaja pengeluaran tanpa syarat. Jangan buat andaian bukan-bukan siapa yang tertekan dan siapa yang tidak tertekan.


Ini yang saya pesan hari itu:


 Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.


 Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.

 

Sebab itu, ianya bukan tanggung jawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.


Ianya juga bukan tanggung jawab kerajaan untuk menafi Rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak.


 



Sebaliknya, tanggung jawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Covid berakhir.


 Soalan: Pendapatan Faiz sebanyak RM10,000 sebulan turun 30% manakala pendapat Khatijah RM2,000 sebulan telah turun 20%.


 Jawapan: KWSP tak beza antara orang pendapatan tinggi atau rendah. Mungkin Khatijah ada side income jual kuih.




Kita kira 3 bulan (awal bulan Disember, iaitu kini. hingga akhir bulan Februari) sebelum pemohon i-Sinar menerima bayaran pertama tapi KWSP kira 2 bulan sahaja.


 Tapi tak kisah 2 bulan atau 3 bulan, mereka yang lemas setelah menghadapi pandemik sejak 10 bulan dahulu tetap akan rasa ianya masih terlalu lama untuk tunggu jika dibandingkan dengan program i-Lestari dulu.


KWSP juga kata mereka akan cuba percepatkan bayaran tapi ianya akan ambil masa untuk menyemak berjuta-juta helai bukti dokumen.


Sebab itu, jika pengeluaran dijadikan tidak bersyarat dan tiada keperluan untuk bukti dokumen disemak atau diteliti maka tempoh masa sehingga ahli dibayar dapat dipendekkan.


Jadi, Staff kaunter KWSP pun tidak terbeban manakala risiko penularan Covid dapat dikurangkan jika berjuta ahli tidak perlu beratur di pejabat KWSP untuk menyerah dokumen.


Harap dipertimbangkan.


SUmber : malaysia politik

Post a Comment

0 Comments