Header Ads

Breaking

Sunday, December 6, 2020

PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak, kata Nga Kor Ming

 


(PH) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di Perak.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.





“Saya terbuka untuk perbincangan yang membina dan kami sudah bersedia,” katanya dalam aplikasi Whatsapp yang dikongsi bersama media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak.


Bagaimanapun, tegasnya, mereka akan mencuba seboleh mungkin untuk mengekalkan kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar terdahulu.



Sementara itu Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan PH sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik COVID-19.

“Kami tidak akan menyertai UMNO. Amanah dan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Selvador Rizal Mubarak pula dalam jawapan ringkasnya berkata, mereka bersedia demi untuk kepentingan rakyat.


Sumber : astro awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.