Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya cuma akan ketawa saja, balas Neelofa

 


Apabila menjadi public figure setiap apa yang berlaku pasti sekejap je akan dapat dicium oleh netizen. Kontroversi yang melanda Neelofa dan PU Rizz dapat dikesan oleh netizen apabila ahli keluarga Neelofa bertindak unfollow instagram PU Rizz dan selepas itu Neelofa tampil menjelaskan keadaan sebenarnya.

Penjelasan dibuat pengacara, Neelofa mengenai spekulasi yang ditimbulkan segelintir pihak membabitkan hubungan dengan pendakwah bebas, PU Riz mungkin belum cukup meredakan keadaan.


Apatah lagi video dan kenyataan media yang diedarkan kepada media masih terus menimbulkan persoalan sejauh mana status hubungan pasangan itu.


Neelofa yang juga bekas pengacara MeleTOP hanya memaklumkan kedua belah keluarga dalam proses mencari titik penyelesaian.



Namun, di laman sosial pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu masih meneruskan rutin harian seperti biasa.


Berdasarkan ciapan di Twitter, Neelofa berkongsi dia tidak ambil hati atau terasa jika terdapat komen negatif membabitkan dirinya di laman sosial.


Ia bagi menjawab soalan pengguna laman Twitter yang bertanya bagaimana dia membiasakan diri atau selesa apabila membaca hantaran atau kandungan negatif mengenai dirinya.


"Sejujurnya, hampir setiap masa, saya akan ketawa sahaja kalau melalui situasi itu.


"Tidak ambil hati pun kerana tidak betul dan kenapa perlu terasa. Kemudian, seterusnya, kita 'move on'," katanya.



Jawpaan Neelofa itu mendapat pujian pengguna lain selain mendoakan dirinya terus kuat dan tabah.


"Terus kuat Lofa. Allah pastikan berikan yang terbaik," komen seorang pengguna laman Twitter.


Di Instagram Story pula, Neelofa berkongsi kata-kata khas buat peminat.


"Hati menjadi lembut dan khusyuk ketika ia berzikir," tulisnya.

Diruangan komen, ini pula reaksi dari netizen.




Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments