Ticker

6/recent/ticker-posts

Tolonglah Cik B

 


Selepas bergelar pelakon kini Cik B mampu tersenyum lebar selepas melebarkan lagi sayapnya.Kini beliau bergelar seorang penyanyi pula.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di de-ra oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.



“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurng, depresi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran single ‘Tolonglah’ di kediamannya di Meru Heights, Jelapang di sini semalam.


Menurutnya, kemunculan single itu merupakan transisi baharu beliau untuk keluar dari kepompong pemalunya kepada selebriti yang bakal mewarnai dunia muzik tanah air.


“Lagu ini dihasilkan setahun lalu dengan mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk buat lagu itu. Cik B mahu keluar lebih awal tapi ketika itu rasa malu dan tkut dengan media.


“Setelah setahun, baru sekarang saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk lebih bersinar kerana mula percaya akan diri sendiri sekarang,” katanya.


Cik B berkata, pembikinan video dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.


Ditanya mengenai kritkan yang bakal dihadapinya, Cik B turut optimis untuk berhadapan dengan perbezaan pandangan terhadap dirinya dan lagu.


“Saya sudah biasa menerima kritkan dan kecaman sejak berusia 12 tahun. Sekarang saya sudah imun dengan kecaman semua.


“Saya boleh dan bersedia untuk menyanyi secara langsung dan akan ambil kelas vokal untuk mantapkan lagi suara,” katanya yang turut merancang untuk melancarkan single kedua tahun depan.


Cik B kini berazam untuk fokus kepada bidang nyanyian sehingga ke peringkat antarabangsa selain menerokai pelbagai bidang lain dalam perniagaan.

Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments