Ticker

6/recent/ticker-posts

Tonton Stesen TV Dari Android Box Sama Seperti Sokong Pencuri, kata Aziz M Osman

 


Teknologi sekarang semakin canggih, jika dulu nak lihat movie kita perlu beli dvd player tetapi sekarang selepas muncul android box, tv anda bukan sahaja bertukar jadi smart tv, malah korang boleh customize dan install bermacam-macam lagi apps.


Bagaimanapun perkembangan ini telah mendapat perhatian dari seorang pengarah lama kita, Aziz M. Osman yang ada memuat naik status di laman sosialnya berkenaan isu ini.


Sama seperti menyokong ‘pencuri’


Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang penerbit terkenal di Malaysia, Aziz M. Osman, beliau menyatakan menonton stesen TV dari Android Box sama seperti menyokong pencvri filem atau sering dikenali sebagai ‘cetak romp4k’.


Sy bukan penyokong stesen tv berbayar. Tp menonton stesen tu dari android box sama jg dgn menyokong pencvri.


Komen orang ramai


Perkongsian itu turut dibanjiri komen orang ramai yang juga menyokong kenyataan beliau. Menurut salah satu komen di perkongsian itu, ada yang berkata bahawa orang yang menonton filem secara haram bukan sahaja menyokong pencvri, tetapi ikut sama mencvri. 





Orang yang sudah terbiasa menonton secara h4ram seolah-olah sama bersubahat dalam menyokong platform ‘cetak r0mpak’. Hargai penat lelah orang yang berkarya, sama-sama kita menyokong industri filem tempatan supaya dapat dikenali di persada dunia.


Terbaru, Aziz M. Osman tampil dalam drama Kampung Pisang Bersiri-siri yang telah pun mula disiarkan sejak 7 Disember lalu. Tidak dapat dinafikan francais “Kampung Pisang” cetusan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menjadi fenomena sejak kali pertama ia diperkenalkan pada tahun 2007.



Masih mengekalkan elemen komedi, siri ini dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, dan Mat London. Pada masa sama, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, dan Joey Daud juga akan membuat kemunculan khas dalam siri yang mempunyai 12 episod kesemuanya.


Sumber:  Aziz M. Osman. via ohbulan

Post a Comment

0 Comments