Ticker

6/recent/ticker-posts

Yonnyboii Adalah Diri Saya Ketika Zaman Memberontak Dulu.., Kata Fynn Jamal

 


Agak lama kita tidak mendengar kemunculan Fynn Jamal, baru-baru ini penyanyi dan juga personaliti media sosial ini ada membuat satu sesi soal jawab dengan peminatnya. Salah satu soalan yang ditanya oleh netizen adalah..


"kalau la kan, kalau la. kf masih dlm industri. Siapa kf rasa selari soul kf. saja tanya ja"


Fynn Jamal mengakui bahawa komposer Yonnyboii adalah refleksi dirinya ketika zaman muda dan memberontak dahulu.


Tambah Fynn Jamal lagi, Yonnyboii merupakan seorang penyanyi yang ‘bercerita’ dalam nyanyiannya dan punya keunikan tersendiri.


Dia dilihat menulis perkara tersebut menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di ruangan media sosial Instagramnnya baru-baru ini apabila ditanyakan apakah artis yang paling dekat dengan dirinya jika dia masih dalam industri nyanyian.


Tambah Fynn lagi,  Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mempunyai potensi yang sangat besar dan pastinya akan menyinar jika berada di landasan yang betul.

Diruangan komen dapat dilihat respon dari netizen, 


PZo Ismail : Lagu fynn jamal macam lebih berpuisi, arjuna beta, terbang tunduk. Penceritaan dia mcm bermadah, puisi. Susah nak faham. Yonnyboii macam straight forward tp penceritaan juga. Dari segi penceritaan la kalau ada persamaan pun. Dua² ada strengths sendiri.

KakPah Here: walahpun aku mcm dah tua tp aku boleh pergi ngan konsep yg yonnyboi smpaikan.. lagu finn Kat misteri mona ni mmg seram..sesuai sungguh lagu tu dgn cerita tersebut ... Ape2 pun terpulang pada individu tu sendiri.. klu telinga dia dgr okay .dia sukala klu dia dgr x sedap mmg xdan suka.. lain org lain penerimaan...

Mohamad Nurfirdaus : “Soul, suara, mood. Akak nampak banyak diri akak zaman rebel dulu kat Yonnyboii. Orang kata dia takde suara. Akak jawab, orang tak ada telinga. He’s a storyteller..”






Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments