Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Permohonan Dan Kemaskini Dibuka 15 Januari - 15 Februari 2021

 


Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam Pembentangan Bajet Belanjawan 2021. Bantuan yang diberikan kali ini adalah lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar layak dan bertujuan untuk membantu kehidupan para rakyat yang terjejas.


Sebentar tadi, laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat memaparkan bahawa permohonan dan kemaskini telah dibuka bermula hari ini, 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.



Semakan Jumlah Kelulusan Bantuan BPR 2021


 


Berikut dikongsikan senarai kategori yang menerima bantuan prihatin rakyat kali ini


Isi Rumah B40 (Gaji bawah RM2,500)

JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN

1 orang anak                     RM1,200

2 orang anak atau lebih     RM1,800

Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)

JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN

1 orang anak                     RM800

2 orang anak atau lebih     RM1,200

Isi Rumah M40 (Gaji RM4,001 hingga RM5,000)

JUMLAH ANAK                   JUMLAH BAYARAN

1 orang anak                        RM500

2 orang anak atau lebih        RM750


Bantuan Prihatin Rakyat BPR Bujang

Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas dan anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350


Permohonan BPR 2021 Online



 

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa). Layari bpr.hasil.gov.my

Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik C0vid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan C0vid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.



Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah



Sumber artikel : mingguan kerja


Post a Comment

0 Comments