Ticker

6/recent/ticker-posts

“Benarkah Ini Bidadari Syurga…” - Video dikongsi Neelofa raih 1 juta tontonan dan lebih 4000 komen netizen

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan selebriti yang sangat cantik dan juga merupakan seorang usahawan wanita berjaya, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan panggilan Neelofa ini.Kisah kejayaannya menjadi sumber inspirasi ramai netizen terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi di kemuncak populariti bekas pengacara rancangan hiburan Meletop itu pada tahun lalu semakin menjadi perhatian selepas mengambil keputusan untuk tekad melakukan hijah dengan mengenakan purdah.


Keputusan itu disambut baik oleh peminat malah rakan-rakan selebriti turut mendoakan yang terbaik buatnya dan dalam pada masa yang sama, difahamkan juga selepas mengambil keputusan terbabit, jumlah pengikut Instagram Neelofa juga secara mendadak semakin meningkat yang mana sekarang ini dia diikuti 8.3 juta followers.


Jadi tidak hairanlah mengapa setiap kali posting yang dilakukan oleh Neelofa di media sosial terbabit sering mendapat perhatian sehingga ada juga mendapat ribuan komen dan dalam pada masa yang sama perkongsian video juga hampir mencecah jutaan tontonan.


Tidak terkecuali posting terbaru Neelofa yang memaparkan penampilan dirinya serba kelabu ini sekali gus menerima ribuan komen dan ditonton hampir mencecah 1 juta views dalam masa yang sekejap yang mana rata-rata warganet seronok melihat penampilannya itu.


Ternyata menerusi posting itu, rakan selebriti seperti Hannah Delisha dan Amira Othman turut meninggalkan komen kepada pengkongsian video Neelofa selain ujar peminatnya bahawa penampilannya mengundang rasa tenang kepada yang melihat.


“Bidadari syurga…”


“Tenangnya tengok Lofa”


Neelofa Neelofa Neelofa


“Tak tahu kenapa, tapi aura kecantikan dia ni luar biasa…”


Sumber : https://apaceritatv.com.my/

Post a Comment

0 Comments