Ticker

6/recent/ticker-posts

(Gambar Dan Video) 9 Kereta Terperangkap Apabila Tanah Runtuh Berlaku Di Kedua-dua Arah Jalan Bukit Fraser

 


Bukit Fraser seperti yang diketahui ramai sentiasa berlaku masalah tanah runtuh terutamanya jika musim hujan sehinggakan kerajaan ada meletakkan notis amaran jika boleh jangan menggunakan jalan tersebut terutamanya ketika waktu malam.


Jika tidak silap, 2 minggu lepas ada berlaku kejadian tanah runtuh jalan naik ke Bukit Fraser.


Seorang pengguna menggunakan nama Ariff Amri ada memuat naik satu status meminta bantuan melalui facebook miliknya, apabila dia dan 9 kenderaan lain dikatakan telah terkandas untuk naik atau turun Bukit Fraser kerana tanah runtuh berlaku.







Sehingga jam 4 petang sekejap tadi, keadaan Encik Ariff Azmri dan 8 lagi kenderaan masih lagi terperangkap.Berikut adalah perkongsian beliau.

Update 4.00pm :

Kami dpt bantuan polis bkit fraser utk berjalan kaki naik..Hari semakin gelap.

So decide utk tggal kenderaan disini.

Update 3.00pm:

Masih lagi terperangkap.

Ada kawasan baru tanah runtuh yang lain pula dikawasan kami terperangkap.

Tolong kami kalau ada jalan terbaik utk kami usahakan..

Sangkut dua² arah..kami dah call bomba raub dia ckp ada 14 kes kene selesai..dan mereka maklum pada roadcare.

Kami 9 kereta terkandas antara 2 tanah runtuh yang berlaku btul² dpn kami..

Boleh tgk di update komen saya.Line tak berapa ada

Ini makluman

2 motor 3org

4 dewasa

4dewasa 2kanak²

4 dewasa

2 dewasa

5 dewasa 1 kanak²

2 dewasa

3 dewasa 2 kanak²

2 dewasa 1 kanak² 1 baby

3 dewasa 1 kanak²

Bantu saya ya

Ariff

Beliau juga ada menyertakan nombor telefonnya, 013-3712881.

Berikut adalah gambar dan video yang sempat dikongsikan oleh beliau.






Berikut adalah komen dari netizen yang rata-rata mendoakan agar bantuan akan segera sampai kepada mereka. yang terbabit.





Marilah kita doakan agar mereka semua dapat diselamatkan..


Sebarang update terkini nanti admin akan kongsikan..


Dipetik dari fb Ariff Amri

Post a Comment

0 Comments