Ticker

6/recent/ticker-posts

Ifan Seventeen Akhirnya Temui Pengganti, Wajah Kekasih Sebijik Arwah Isteri

 


Hampir dua tahun bersendirian selepas isterinya Dylan Sahara maut dalam tragedi tsunami Selat Sunda, akhirnya bekas vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan atau nama sebenarnya Riefan Fajarsyah sudah menemui cinta baru.


Perkongsian terbaru penyanyi berusia 37 tahun itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama kekasihnya, Citra Monica.


Lebih menjadi perhatian, wajah kekasihnya itu mirip dengan arwah isterinya, malah Ifan turut mengakui tentang perkara itu. Difahamkan, Citra merupakan ibu tunggal anak satu dan bekas rakan sekolahnya.


Dalam pada itu, Ifan turut meluahkan rasa syukur kerana bertemu kembali dengan Citra. Ujarnya, tanpa Citra dia pasti tidak mampu bangun daripada kekecewaan lama.



Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju wajah kekasih hatinya itu mirip dengan Dylan dan mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat.

Berikut adalah respon dari pengguna media sosial.





Terdahulu, Dylan Sahara menjadi mngsa Selat Sunda pada 22 Disember 2018. Ifan bukan sahaja kehilangan isteirnya, malah semua anggota Seventeen turut m4ut dalam tragedi itu ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments