Ticker

6/recent/ticker-posts

Kes C0VID-19 tidak terkawal malah jadi makin teruk, netizen gesa Dr Noor Hisham letak jawatan

 


Umum mengetahui, hampir seluruh negara dikenakan tindakan perintah kawalan pergerakan disebabkan oleh peningkatan C0VID-19 yang mendadak naik.

Hampir setiap hari wajah beliau akan terpampang di kaca televisyen untuk hebahan terkini jumlah jangkltan C0vid-19 dan isu-isu penting yang berkaitan.

Meskipun sumbangan beliau sangat besar kepada Malaysia, harus kita akui beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.


Kesannya, baru-baru ini Dr. Noor Hisham ada menerima rasa tidak puas hati dari netizen yang menggesa beliau suapaya meletakkan jawatan.


Semuanya bermula apabila beliau memuat naik satu ciapan nasihat kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.


Beliau juga menegaskan bahawa perkara lebih buruk akan muncul jika kita semua tidak menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan sebaik-baiknya.


Dalam satu ciapan lain pula, beliau meminta agar rakyat Malaysia patuh kepada arahan yang dihantar secara harian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Bagaimanapun, ciapan berbentuk nasihat itu menerima maklum balas negatif daripada netizen yang rata-ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat.


Ada juga yang meluahkan keperitan mereka dalam mengharungi hari-hari dengan keadaan ekonomi yang tenat.





Malah, seorang netizen meminta agar Dr Noor Hisham meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Kesihatan.


Bagi pandangan admin, kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri seolah-olah apa yang berlaku ini perlu digalas oleh Ketua Pengarah Kesihatan pula, kita sebagai rakyat sendiri perlu jaga diri sendiri, patuhi SOP yang telah ditetapkan dan jangan keluar rumah jika tidak ada urusan penting.


Untuk memutuskan rantaian C0VID-19 ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak baik dari pemimpin negara, KKM mahupun kita sebagai rakyat sendiri.

Sumber asal : cempedakcheese.com

Post a Comment

0 Comments