Ticker

6/recent/ticker-posts

Mungkin Mereka Suka Tengok Saya MeIacur Dari Buat Kerja Elok, kata Sajat

 


Berita mengenai usahawan kosmetik berstatus jutawan iaitu Sajat Kamaruzzaman masih lagi belum reda selepas ianya menjadi bualan ramai netizen selepas memuat naik video pendedahan dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru susulan laporan yang dibuat pada Ogos 2018 di mana dia mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Sksyen 16 Shah Alam.


Meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku, menerusi perkongsian terbaru, Sajat mengenang nasib dirinya apabila dit4ngkap kerana bersedekah.



Sajat berkata lagi mungkin orang ramai lebih suka dia melakukan kerja kotor daripada melakukan amal kebajikan. Ujarnya, mungkin dia tidak layak dalam agama Islam.


Jelas Sajat lagi, meskipun dia melakukan amal kebajikan dengan bersedekah tetapi dikatakan mempermainkan agama. Sajat turut mempersoalkan dimana salahnya apabila berpakaian wanita sedangkan sudah mempunyai kemaIuan wanita.


“Orang macam saya ini tak layak untuk hidup macam orang biasa! Memang kena duduk kat lorong, buat kerja massage atau pun meIacur online!


“Buat sedekah tu adalah mainan agama! Pakai perempuan pulak(pakaian sopan )..Walaupun dah mempunyai kemaIuan wanita!” tulisnya.


Meskipun sudah melaksanakan tanggungjawab dengan membayar zakat dan segala cukai namun dia ditlndas dan tidak mendapat hak asasi manusia.


“Nasib nasib bayar zakat,bayar lhdn ,bayar tax,bayar gst!Tapi saya tak dapat hak asasi manusia!! Semua kena tlndas!” katanya lagi.

Berikut adalah respon dari netizen





Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments