Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Sajat menangis sebab kena gari sampai terkeluar 'suara jantan', apa yang sebenarnya berlaku?

 



Hangat diperkatakan sejak semalam apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan kosmetik popular, Sajat Kamaruzzaman dipercayai telah digari tanpa diketahui sebab yang sebenar.


Menerusi video tersebut, Sajat dipercayai sedang melakukan Instagram ‘Live’ dalam keadaan menangis teresak-esak dengan tangan bergari.


Menerusi video pendek berdurasi 0:15 saat yang dikongsikan di akaun TikTok Rudyaj01 memaparkan usahawan kosmetik ini sedang membuat Live di Instagram miliknya iaitu Nursajat23. Tetapi lain pula yang jadinya apabila melihat pergelangan tangan Sajat seakan ‘digari’. Bukan itu sahaja, rata-rata para peminat dan pengguna media sosial yang menonton live tersebut agak terkejut dengan insiden yang berlaku.




Malah mereka tertanya-tanya apakah punca sebenar dan kesalahan yang dilakukan oleh Sajat sehingga dia digari. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dan kejadian sebenar yang berlaku. Difahamkan, gambar terakhir yang dimuatnaik oleh Sajat di Instagram adalah 2 hari yang lalu sementara di IG Story adalah 22 jam yang lalu. Namun, sehingga kini tiada posting terbaru yang dibuat oleh usahawan kosmetik ini.


‘Be strong bang Jat’



‘Lelaki harus kuat’



Sumber: Rudyaj01 via ohbulan

Post a Comment

0 Comments