Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Murid Sekolah Rendah Dan Menengah Sebanyak RM 100

 


Seperti yang kita tahu, bermula 2012 pada setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah serta menengah.


Bantuan yang mula diperkenalkan mulai 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.


Kadar Bantuan 


Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah RM 100 bagi setiap orang. Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja.


Oleh itu, jika anda memiliki 4 orang anak dan menetapi syarat kelayakan yang dikenakan, anda bakal menerima RM 400 bagi 4 orang anak.


Syarat Kelayakan



Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :

Pendapatan kasar bulanan isi rumah / ibu bapa murid hanyalah RM 3,000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa.

Murid haruslah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan oleh JPN)

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)

Bantuan Ini Diberikan Kepada Anak-Anak Yang Bersekolah Kerajaan Dari :


Sekolah Rendah 

Darjah 1

Darjah 2

Darjah 3

Darjah 4

Darjah 5

Darjah 6

Sekolah Menengah

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

Tingkatan 4

Tingkatan 5

Cara Memohon BAP



Ibu bapa atau murid tidak perlu membuat permohonan ini kerana pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak.

 

Murid yang layak akan menerima borang dan ibu bapa perlu isi. Pembayaran akan terus dikreditkan terus ke akaun penerima atau secara tunai.


PERHATIAN !


Kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka layak menerima bantuan BAP tetapi tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, anda perlu rujuk kepada guru kelas atau pihak sekolah.

Rujukan artikel : kerjasemasa.com

Post a Comment

0 Comments