Ticker

6/recent/ticker-posts

Intan Najuwa Akui Suka Lelaki Berjambang Seperti Zul Ariffin

 


Umum ketahui tidak lama dahulu, pelakon cantik Intan Najuwa dan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin pernah berlakon bersama dalam drama berjudul setelah ku dimiliki. 


Ramai peminat drama tempatan mengakui suka dengan gandingan mereka berdua yang dilihat sungguh serasi dan tidak kekok apabila berlakon bersama.



Malah, kedua pelakon itu pernah mencetuskan kontr0versi apabila tular gambar ‘terlebih’ mesra ketika menjalani penggambaran drama tersebut.


Baru-baru ini, Intan dilihat ada menjawab soalan daripada peminat di Insta Story sempena hari kekasih yang disambut semalam.


Peminat ada bertanyakan adakah Intan sukakan lelaki berjambang dan pelakon itu menjawab ya dan turut menyebut nama Zul Ariffin sebagai rujukan.



Terdahulu, pengarah drama tersebut Osman Ali mengakui sangat terkejut gambar mesra Intan dan Zul yang tular dan mengatakan adegan itu tiada dalam drama.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments