Ticker

6/recent/ticker-posts

Peminat Wanita Tawar Ismail Izzani RM500 Ajak Tidur Bersama

 




Populariti penyanyi Ismail Izzani di kalangan generasi muda atau BBNU memang tidak disangkal lagi, terutama di kalangan gadis-gadis.


Melihat perubahan bentuk badannya kini lebih tegap dan sado, Ismail mendedahkan sering menerima komen berbaur lucah. Malah ada peminatnya tanpa segan silu mempelawanya untuk ‘tidur’ bersama.

“Saya tak nafikan ada menerima pelbagai mesej Iu.cah daripada individu tidak dikenali. Kebanyakannya menghantar mesej di media sosial saya.



“Antara mesej paling mengarut apabila ada yang mengajak saya bermalam bersamanya. Katanya, dia sanggup bayar saya hingga RM500,” katanya kepada Harian Metro.


Bagaimanapun, Ismail meberitahu dia tidak mengambil serius dengan mesej-mesej tersebut dan menganggap ianya perkara biasa apabila bergelar selebriti.


“Bagi saya, ini benda biasa dalam hidup artis. Jadi, saya cuma baca dan mampu ketawa sahaja setiap kali ada mesej mengarut sebegini,” katanya.



Dalam pada itu, Ismail juga membuat pendedahan mengejutkan apabila ada peminat yang sanggup mengekorinya hingga ke tandas.


Bukan mudah untuk bergelar anak seni. Inilah cabaran yang perlu dilalui, lebih-lebih lagi yang masih muda dan bujang.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments