Header Ads

Breaking

Monday, May 31, 2021

(VIDEO) Buat hal lagi, instafamous terkenal perlekeh bangsa Johor dengan perkataan yang tidak sepatutnya

 



Jika baru-baru ini kecoh di media sosial apabila influencer terkenal, Ryzal Durian Kimchi yang dikatakan secara tidak sengaja memperlekeh pakaian tradisional kaum Iban sehingga menyebabkan ramai netizen bengang dan memaksa dia melakukan permohonan maaf secara terbuka.


Alhamdulillah, isu ini sudah reda dan Ryzal sendiri sudah berjumpa dengan wakil NGO terbabit dan bersedia menerima apa jua hukuman diatas kesilapannya itu.


Namun, menerusi perkongsian di page ohmedia, hari ini kecoh lagi di media sosial apabila lagi seorang instafamous terkenal yang dikatakan telah menghina orang Johor dengan perkataan yang tidak sepatutnya.


Video tersebut yang dikongsikan di ig stories @wanikokrosh berdurasi hampir 12 saat itu memaparkan instafamous tersebut memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya.


"oo ada donut tepi jalan,seronoknya  boleh makan bai kalau lapar, mesti orang johor tak puasa kan? macam b*bi je orang johor ni,johor s**l" - guraunya


Susulan dari tersebarnya video tersebut, rata-rata netizen terutamanya orang johor meluahkan rasa bengang dengan instafamous tersebut yang tidak reti nak menghormati sesama warganegara Malaysia.

Ada juga yang beranggapan ini salah satu cara instafamous tersebut untuk mendapatkan marketing dan menjadikan dia popular.





Dan seperti dijangka ramai netizen, instafamous tersebut telah pun memuat naik video permohonan maafnya kepada orang Johor dan menjelaskan dia sebenarnya tidak berniat pun untuk mengutok warga Johor.

Diharapkan selepas ini tidak ada lagi sesiapa yang tidak alert pasal sensitiviti begini terutamanya yang melibatkan bangsa dan agama. Hormatlah orang lain dulu jika kita ingin orang lain menghormati kita.


Nak bergurau atau nak buat content tak salah tapi gunakan akal fikiran yang waras, banyak lagi benda berfaedah yang boleh dijadikan content atau lawak..


Sumber : FB OH!MEDIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.